Khamis, 22 Disember 2022

KERAJAAN NEGERI SABAH DAN PERSEKUTUAN JUGA HARUS MEMPERTIMBANGKAN PEMANSUHAN DASAR KABOTAJ



Kota Kinabalu: Pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru ini merupakan satu khabar berita yang baik bukan sahaja untuk kerajaan negeri sabah tapi juga untuk keseluruhan rakyat sabah. Penurun kuasa menyelia bekalan gas daripada petronas kepada kerajaan negeri sabah merupakan hadiah yang amat bermakna daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sabah.

Tuntutan ini merupakan laungan yang bergema sejak dari tahun 1976 lagi. Selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pengumuman  ini merupakan pencapaian yang diimpikan sejak sekian lama.

Namun kuasa penyeliaan gas ini hanya akan lebih efektif jikalau ianya disertakan dengan pemansuhan dasar kabotaj yang juga telah menjadi duri dalam daging semenjak dasar kabotaj dikuat kuasakan. 

Dasar Kabotaj yang diperkenalkan pada tahun 1976 memberi hak mutlak laluan pengairan kepada port klang yang menjadikan port klang sebgai hub utama kontena yang memaksa syarikat perkapalan antarabangsa mesti dan harus menggunakan Port Klang sebagai destinasi atau juga transit sebelum menghantar kargo kontena yang dibawa ke destinasi yang sepatutnya sebagai contoh negeri Sabah dan sarawak. Dasar Kabotaj ini pula bukan sahaja memberi kesan kepada hasil eksport dan import sesebuah negeri tetapi juga hasil peluang menarik pelabur asing daripada negara luar amat terhad terutamanya dalam sektor pertanian, perkilangan dan juga industri minyak dan gas.

Seperti yang sedia maklum dasar kabotaj ini memberi impak negatif kepada ‘freight rates’ dan dimana secara langsung meningkatkan harga barang kepada pengguna dan juga menurunkan nilai harga sesuatu barang itu jikalau ingin di eksport keluar sebagai contoh harga getah yang sememangnya jauh berbeza diantara sabah dan sarawak.

Sabah dan Sarawak merupakan pengeluar minyak dan gas terbesar di malaysia dimana hasil pengeluaran kedua - dua negeri ini meliputi 60% hasil pengeluaran Negara dimana hanya 5% hasil ini diagihkan kepada Sabah dan Sarawak sementara 95% hasil ini pula diagihkan kepada kerajaan persekutuan, sungguh demikian peluang menarik pelaburan asing dalam industri minyak dan gas amatlah tinggi, namun peluang menarik pelabur asing dalam industri ini akan terbantut jikalau dasar kabotaj ini terus dikuat kuasakan terhadap sabah dan sarawak.

Sabah dan sarawak mempunyai kelebihan yang mampu membawa negara kepada persada ekonomi dunia yang lebih berdaya saing dengan negara - negara lain yang sedang membangun iaitu kedudukan geografi yang amat strategik. Kedudukan pelabuhan - pelabuhan yang ada disabah membuka ruang kerjasama bukan sahaja dengan negara jiran seperti Philipina tetapi juga dengan negara - negara lain seperti China, Korea, Australia dan beberapa buah negara maju yang mengakui bahawa Sabah merupakan sebuah lokasi yang amat strategik untuk dijadikan sebagai Hub Pelaburan Asing

Dengan tindakan kerajaan indonesia yang akan memindahkan ibu kota indonesia dari Jakarta ke Kalimantan akan lebih membuka ruang yang amat besar kepada Negara terutamanya negeri Sabah sendiri. Tindakan indonesia ini secara tidak langsung akan membuka ruang yang bakal menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Hub Maritim dunia dan peluang ini hanya akan menjadi kenyataan jikalau Dasar kabotaj ini dapat dimansuhkan sebelum kalimantan akan beroperasi secara penuh ibu kota Negara Indonesia.

Oleh itu amatlah diharapkan supaya kerajaan negeri dapat mengusul untuk dasar kabotaj ini dimansuhkan. Sekian 


MUARIFFIDIN A.M.CHUA
PENGARAH URUSAN 
PALIYAMA SDN BHD

Isnin, 5 Disember 2022

MUARIFFIDIN ABD.MALEK CHUA, JOHA-JOHA TRADING SDN. BHD MAHU BANTU ANAK TEMPATAN,CEBURI BIDANG PERTANIAN PENANAMAN MENGKUDU DAN INDUSTRI FARMASIUTEKAL.

Joha-Joha Trading Sdn.Bhd,adalah sebuah syarikat milik warga Korea selatan yang berpusat di kota kinabalu dan menjalankan perniagaan dalam bidang industri farmaseutikal.
Pengarah urusan syarikat berkenaan Encik.Muariffidin Abd.Malek Chua ketika di temubual oleh wartawan MRtv menjelaskan,syarikat tersebut telah mula beroperasi pada pertengahan 2019,namun terpaksa menghentikan operasi perniagaan mereka sejurus perintah kawalan pergerakan (PKP) di laksanakan oleh kerajaan Malaysia akibat pandemik kovid19.

      ENCIK MUARIFFIDIN ABD. MALEK CHUA

Industri berasaskan buah Mengkudu ini berjaya menghasilkan pelbagai produk kesihatan seperti,sabun mandian (Noni soap) untuk penjagaan kulit dan muka,minuman kesihatan iaitu (Noni Juice) untuk kawalan tekanan darah dan berat badan,Serum,teh dan beberapa lagi produk yang lain. 
Pengurus pemasaran mereka cik.Alisa Stephanie berkata,produk-produk mereka telahpun mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan Malaysia serta mempunyai sijil pengiktirafan MESTI.

Pada awal tahun 2018, En.Muariffidin Pengarah urusan syarikat tersebut telah mencetuskan idea untuk membawa sebuah syarikat farmaseutikal daripada Korea Selatan masuk ke sabah berikutan penemuan banyak pokok Mengkudu yang tumbuh secara liar di kebun beliau di sukau kinabatangan.

Setelah melakukan rundingan dengan pemilik Joha-Joha trading Sdn.Bhd iaitu Mr.Beon Ceong Ju, beliau telah memeterai perjanjian persefahaman (MOU) dengannya pada pertengahan 2019. Majlis pelancaran tersebut telah di rasmikan oleh datuk Saddi Abdul Rahman yang pada ketika itu beliau masih lagi sebagai wakil rakyat di kawasan itu. 

                         BEON CHEON JU

Katanya,matlamat utama beliau adalah untuk membantu rakyat sabah menceburkan diri dalam bidang pertanian khususnya penduduk di luar bandar yang berpendapatan rendah di daerah Kinabatangan.Dalam masa yang sama dapat memberi pendedahan kepada belia tempatan untuk menceburkan diri juga dalam industri farmasieutikal selain dapat memberi manfaat kepada tanah-tanah terbiar dengan tumbuhan berkhasiat yang mudah untuk di jaga dan mempunyai kos penanaman yang rendah.

Beliau juga berhasrat untuk memusatkan kilang pemprosesan buah Mengkudu ini di kinabatangan agar daerah itu mempunyai sebuah industri yang dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar.Muariffidin menggesa agar lebih ramai usahatani mengambil peluang menanam pokok Mengkudu atau namanya dalam bahasa melayu pokok Noni.Pokok Noni atau Mengkudu mudah di tanam di sekitar kediaman dan tidak perlu penjagaan yang rapi.
                  ALISA STEPHANIE

Kami sedia membeli buah-buah Mengkudu ini dari sesiapa sahaja yang ingin menjualnya kepada kami, tambah beliau.Joha-Joha memerlukan bekalan sebanyak 1tan sebulan. 
Orang ramai boleh menghubungi terus kepada En.Muariffidin atau juga berhubung dengan Momogun Radio.tv (MRTV) atas urusan penjualan atau sebarang pertanyaan.

Oleh:
Adrian Driee.(Wartawan MRtv) 

Isnin, 6 Jun 2022

KAD WARGA ASING ADALAH IDENTITI MEREKA SEBAGAI WARGA ASING BUKAN WARGANEGARA DAN TIDAK SAMA DENGAN KAD PSS.

  Tentu sekali anda masih ingat dengan kenyataan Datuk Aziz Bin Hj.Jamman ahli parlimen Warisan sepanggar pada 2018 semasa beliau menjawat Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN) di persekutuan yang mengatakan kerajaan Filipina tidak mahu menerima rakyatnya apabila di hantar pulang ke negara asal kerana tidak mempunyai identiti yang lengkap.

Justru itu,pihaknya menegaskan untuk melaksanakan pemberian dokumen yang dikenali sebagai kad PSS kepada warga asing tersebut yang dianggarkan seramai 600 ribu orang disabah.
Beliau juga menyatakan pemegang kad PSS boleh tinggal di negeri ini sehingga 100 tahun kerana kad tersebut boleh diperbaharui setiap tiga tahun dengan kadar bayaran Rm120.

Hampir seluruh rakyat sabah membantah tindakan warisan ini kerana mekanisme yang mereka lakukan untuk menyelesaikan masalah PATI di sabah adalah memberikan kad PSS yang membenarkan warga tersebut tinggal di sabah hingga 100 tahun.Ianya benar-benar tidak masuk akal dan bersifat membantu warga tersebut menjadi warganegara sabah.
Sekarang apakah beza antara kad PSS dengan pendaataan digital yang di cadangkan oleh GRS? 

Mari kita lihat dan fahami dengan otak yang waras tanpa hati prejudis.Baru-baru ini pengerusi pengurusan warga asing negeri Sabah Datuk Seri Panglima Dr.Jeffrey Kitingan menjemput orang ramai hadir ke seisi townhall membincangkan cadangan mendata warga asing di sabah.antara yang hadir ialah adun-adun dari parti pembangkang (warisan) dan ketua-ketua adat dari seluruh daerah.99% dari yang hadir telah menyokong cadangan tersebut dan cadangan ini akan terus diperhalusi,di bawa ke dewan rakyat sebelum ianya dilaksanakan.

Pendataan ini bertujuan agar kerajaan negeri mempunyai datanya sendiri kerana sehingga hari ini,hanya jabatan-jabatan tertentu sahaja yang mempunyai data pekerja asing dan pendatang tanpa izin.Justru itu,melalui pendataan digital,kerajaan negeri akan mempunyai datanya sendiri dan akan dapat bertindak keatas mereka menurut perundangan dan mekanisme yang betul.
Pendataan digital ini hanya untuk warga yang dilindungi oleh PBB iaitu pemegang IMM13,kad banci dan burong-burong berjumlah 130 000 orang sahaja.Manakala bagi pendatang asing tanpa izin (PATI) akan terus di buru dan dihantar pulang.

Ini lah tujuan utama kerajaan Sabah membuat pendataan digital dan seterusnya kad digital bagi warga asing yg sudah tinggal disabah sejak 1970an dan mendapat perlindungan oleh pertubuhan bangsa-bangsa bersatu sebagai pelarian perang yang diberi kad yangg dipanggil kad IMM13.Generasi kedua IMM13 dikenali sebagai pemegang kad burung burung dan generasi ketiga IMM13 ini dikenali sebagai pemegang kad banci.

Dengan adanya data digital warga asing disabah maka urusan untuk mengatasi masalah dokumentasi warga asing masalah pemalsuan dokumen IMM13,kad burung burung dan kad banci dapat diatasi.

Melelui data digital ini,kerajaan Sabah boleh mengesan dimana keberadaan mereka sama ada Masih hidup atau  mati atau sudah kembali ke negara asal mereka atau Masih berada disabah atau sebaliknya .

kad digital ini mempunyai ciri ciri keselamatannya yang tidak boleh dipalsukan.Kad digital warga asing ini juga tidak mempunyai keistimewaan seperti warganegara Sabah.

1)Pemegang kad digital tidak boleh mengundi,
2)Tidak boleh Memiliki lesen berniaga .
3)Tidak boleh menjawat jawatan/ kedudukan dalam kerajaan.
4)Tidak boleh bersekolah disekolah milik kerajaan dan sebagainya.
5)Tidak boleh tinggal sehingga 100 tahun disabah seperti keistimewaan pemegang PSS.tinggal di sabah hanya jangka waktu pengampunan tempoh untuk mereka kembali kenegara asal mereka sahaja iaitu 3 tahun.

SEKALI LAGI DITEGASKAN BAHAWA MEREKA TIDAK MEMPUNYAI HAK KEISTIMEWAAN SEPERTI WARGANEGARA SABAH.

Dengan sistem data digital yg di buat oleh kerajaan Sabah maka mudahlah bagi warga asing pemegang digital kad ini untuk kembali kenegara asal mereka seterusnya boleh memohon passport antarabangsa.Pemegang kad digital tidak boleh memohon kewarganegaraan Malaysia Sabah.

Tujuan pendataan digital warga asing dan  digital kad adalah atas faktor .

1. Keselamatan penduduk Sabah

2.   Menyelesaikan masalah dokumentasi warga asing yg dipalsukan.

3. Dasar kemanusiaan atas hak asasi manusia

4.  Menyelesaikan kebanjiran warga asing PATI disabah yg sudah mencapai tahap kronik.

5.Ancaman keselamatan dalam negeri jika PATI tidak ada data sistem dimana mereka bebas masuk dan keluar tanpa diketahui sama ada pengganas atau sebaliknya.

 JANJI kerajaan Sabah akan tetap  MENGHALAU BALIK SEMUA PATI DENGAN KUASA KERAJAAN NEGERI.
GRS begitu komited untuk berkhidmat kepada rakyat dan akan menyelesaikan masalah-masalah yang di hadapi oleh rakyat sabah.

Oleh 
-Adrian-

Rabu, 1 Jun 2022

GRS NADI RAKYAT SABAH

  Kini rakyat sabah boleh menarik nafas lega dengan tertubuhnya parti baharu iaitu parti Gabungan Rakyat Sabah yang berjaya di lancarkan pada minggu yang lepas.ini kerana parti gabungan inilah yang di nanti-nantikan oleh rakyat untuk melihat pemimpin sabah bersatu dan bekerjasama dibawah satu payung yang akan menuntut dan melaksanakan semua hak anak sabah yang terkandung dibawah perlembagaan sabah,20 perkara dan juga perjanjian penubuhan persekutuan Malaysia 1963.

Perbalahan dan berbezaan fahaman politik dikalangan pemimpin telah sekian lama menghantui rakyat sabah apabila kerajaan silih berganti namun tidak ada sebarang perubahan ataupun tuntutan hak didalam perjanjian malaysia 1963 itu yang dapat dilaksanakan.Malah ianya telah dijadikan bahan politik retorik bagi sesetengah ahli politik dan parti yang rakus untuk berkuasa dan tidak serius berjuang untuk kemajuan rakyat sabah.


Menurut apa yang dikatakan oleh presiden parti Solidariti Tanah Airku STAR,Datuk seri panglima Dr.Jeffrey Kitingan selaku anggota GRS dan juga Timbalan Ketua Menteri Sabah,gabungan ini adalah penting untuk sabah mempunyai kuasa yang kuat bagi mencapai tuntutan hak anak sabah yang telah lama diketepikan oleh persekutuan walaupun ianya terkandung di dalam perjanjian penubuhan Malaysia 1963.

GRS adalah suara rakyat sabah yang inginkan kesatuan dikalangan pemimpin sabah dan menjadikan kuasa politik itu kukuh agar tidak ada sebarang campur tangan oleh pihak luar seperti tangan-tangan gahib untuk menentukan nasib sabah.Maka ianya telah pun didengari dan ditunaikan kepada rakyat.Kini rakyat hanya perlu menunggu para pemimpin bekerja dibawah satu payung untuk merelisasikan impian mereka kearah Sabah Maju Jaya.

  Ketua Menteri sabah Datuk seri Hj.Hajiji bin Hj.Noor pula menyatakan,GRS ditubuhkan sesuai dengan impian rakyat yang ingin melihat sebuah kesatuan agar pucuk pimpinan kerajaan sabah lebih teguh dan dapat bekerja lebih selesa.Ini adalah bukti bahawa pemimpin kerajaan sabah pada masa ini sentiasa mendengar keluhan rakyat sabah dan berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

Oleh
Tukang tulis.