Rabu, 1 Jun 2022

GRS NADI RAKYAT SABAH

  Kini rakyat sabah boleh menarik nafas lega dengan tertubuhnya parti baharu iaitu parti Gabungan Rakyat Sabah yang berjaya di lancarkan pada minggu yang lepas.ini kerana parti gabungan inilah yang di nanti-nantikan oleh rakyat untuk melihat pemimpin sabah bersatu dan bekerjasama dibawah satu payung yang akan menuntut dan melaksanakan semua hak anak sabah yang terkandung dibawah perlembagaan sabah,20 perkara dan juga perjanjian penubuhan persekutuan Malaysia 1963.

Perbalahan dan berbezaan fahaman politik dikalangan pemimpin telah sekian lama menghantui rakyat sabah apabila kerajaan silih berganti namun tidak ada sebarang perubahan ataupun tuntutan hak didalam perjanjian malaysia 1963 itu yang dapat dilaksanakan.Malah ianya telah dijadikan bahan politik retorik bagi sesetengah ahli politik dan parti yang rakus untuk berkuasa dan tidak serius berjuang untuk kemajuan rakyat sabah.


Menurut apa yang dikatakan oleh presiden parti Solidariti Tanah Airku STAR,Datuk seri panglima Dr.Jeffrey Kitingan selaku anggota GRS dan juga Timbalan Ketua Menteri Sabah,gabungan ini adalah penting untuk sabah mempunyai kuasa yang kuat bagi mencapai tuntutan hak anak sabah yang telah lama diketepikan oleh persekutuan walaupun ianya terkandung di dalam perjanjian penubuhan Malaysia 1963.

GRS adalah suara rakyat sabah yang inginkan kesatuan dikalangan pemimpin sabah dan menjadikan kuasa politik itu kukuh agar tidak ada sebarang campur tangan oleh pihak luar seperti tangan-tangan gahib untuk menentukan nasib sabah.Maka ianya telah pun didengari dan ditunaikan kepada rakyat.Kini rakyat hanya perlu menunggu para pemimpin bekerja dibawah satu payung untuk merelisasikan impian mereka kearah Sabah Maju Jaya.

  Ketua Menteri sabah Datuk seri Hj.Hajiji bin Hj.Noor pula menyatakan,GRS ditubuhkan sesuai dengan impian rakyat yang ingin melihat sebuah kesatuan agar pucuk pimpinan kerajaan sabah lebih teguh dan dapat bekerja lebih selesa.Ini adalah bukti bahawa pemimpin kerajaan sabah pada masa ini sentiasa mendengar keluhan rakyat sabah dan berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah rakyat.

Oleh
Tukang tulis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan