Khamis, 22 Disember 2022

KERAJAAN NEGERI SABAH DAN PERSEKUTUAN JUGA HARUS MEMPERTIMBANGKAN PEMANSUHAN DASAR KABOTAJ



Kota Kinabalu: Pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru - baru ini merupakan satu khabar berita yang baik bukan sahaja untuk kerajaan negeri sabah tapi juga untuk keseluruhan rakyat sabah. Penurun kuasa menyelia bekalan gas daripada petronas kepada kerajaan negeri sabah merupakan hadiah yang amat bermakna daripada kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri sabah.

Tuntutan ini merupakan laungan yang bergema sejak dari tahun 1976 lagi. Selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pengumuman  ini merupakan pencapaian yang diimpikan sejak sekian lama.

Namun kuasa penyeliaan gas ini hanya akan lebih efektif jikalau ianya disertakan dengan pemansuhan dasar kabotaj yang juga telah menjadi duri dalam daging semenjak dasar kabotaj dikuat kuasakan. 

Dasar Kabotaj yang diperkenalkan pada tahun 1976 memberi hak mutlak laluan pengairan kepada port klang yang menjadikan port klang sebgai hub utama kontena yang memaksa syarikat perkapalan antarabangsa mesti dan harus menggunakan Port Klang sebagai destinasi atau juga transit sebelum menghantar kargo kontena yang dibawa ke destinasi yang sepatutnya sebagai contoh negeri Sabah dan sarawak. Dasar Kabotaj ini pula bukan sahaja memberi kesan kepada hasil eksport dan import sesebuah negeri tetapi juga hasil peluang menarik pelabur asing daripada negara luar amat terhad terutamanya dalam sektor pertanian, perkilangan dan juga industri minyak dan gas.

Seperti yang sedia maklum dasar kabotaj ini memberi impak negatif kepada ‘freight rates’ dan dimana secara langsung meningkatkan harga barang kepada pengguna dan juga menurunkan nilai harga sesuatu barang itu jikalau ingin di eksport keluar sebagai contoh harga getah yang sememangnya jauh berbeza diantara sabah dan sarawak.

Sabah dan Sarawak merupakan pengeluar minyak dan gas terbesar di malaysia dimana hasil pengeluaran kedua - dua negeri ini meliputi 60% hasil pengeluaran Negara dimana hanya 5% hasil ini diagihkan kepada Sabah dan Sarawak sementara 95% hasil ini pula diagihkan kepada kerajaan persekutuan, sungguh demikian peluang menarik pelaburan asing dalam industri minyak dan gas amatlah tinggi, namun peluang menarik pelabur asing dalam industri ini akan terbantut jikalau dasar kabotaj ini terus dikuat kuasakan terhadap sabah dan sarawak.

Sabah dan sarawak mempunyai kelebihan yang mampu membawa negara kepada persada ekonomi dunia yang lebih berdaya saing dengan negara - negara lain yang sedang membangun iaitu kedudukan geografi yang amat strategik. Kedudukan pelabuhan - pelabuhan yang ada disabah membuka ruang kerjasama bukan sahaja dengan negara jiran seperti Philipina tetapi juga dengan negara - negara lain seperti China, Korea, Australia dan beberapa buah negara maju yang mengakui bahawa Sabah merupakan sebuah lokasi yang amat strategik untuk dijadikan sebagai Hub Pelaburan Asing

Dengan tindakan kerajaan indonesia yang akan memindahkan ibu kota indonesia dari Jakarta ke Kalimantan akan lebih membuka ruang yang amat besar kepada Negara terutamanya negeri Sabah sendiri. Tindakan indonesia ini secara tidak langsung akan membuka ruang yang bakal menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai Hub Maritim dunia dan peluang ini hanya akan menjadi kenyataan jikalau Dasar kabotaj ini dapat dimansuhkan sebelum kalimantan akan beroperasi secara penuh ibu kota Negara Indonesia.

Oleh itu amatlah diharapkan supaya kerajaan negeri dapat mengusul untuk dasar kabotaj ini dimansuhkan. Sekian 


MUARIFFIDIN A.M.CHUA
PENGARAH URUSAN 
PALIYAMA SDN BHD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan